Keindahan Mi Soba
sebagai budaya Jepun
yang patut anda ketahui

Tahukah anda makanan Jepun “Mi Soba” yang “terkenal” pada masa ini? SOBA ialah hidangan mi yang diperbuat daripada tepung gandum kuda sahaja. Kemasyhuran Mi Soba adalah tidak seberapa berbanding dengan Sushi dan Tempura, tetapi Mi Soba adalah makanan tradisional Jepun yang senang didapati dan sering dimakan oleh penduduk-penduduk di Jepun. Dengan tren ke arah kesihatan di peringkat global, Mi Soba (sebagai mi yang bebas gluten dan berkhasiat tinggi) menjadi semakin terkenal di seluruh dunia.
Orang ramai mula mengetahui kesihatan tentang Mi Soba secara beransur-ansur namun aspek budaya Mi Soba adalah belum dikenali sebegitu.
Oleh itu, kami ingin memperkenalkan aspek budaya Mi Soba secara terperinci di sini. Dengan pengetahuan ini, anda boleh menikmati “Mi Soba” lebih lagi di restoran makanan Jepun.


Ramuan Mi Soba adalah serdehana, ia hanya diperbuat daripada tepung gandum kuda dan air sahaja. Oleh itu, Mi Soba sendiri ialah makanan halal yang dapat dimakan dengan senang hati bagi orang yang beragama Islam. Mi Soba yang dihidangkan di restoran biasanya dijual sebagai mi kering, ia adalah diperbuat dengan campuran tepung gandum biasa supaya ia dapat mengelakkan kejadian mi terpotong/terputus ketika dimasak atau direbus. Jadi, anda boleh memilih Mi Soba asli yang diperbuat 100% tepung Soba sekiranya anda mahu memakan Mi Soba yang bebas gluten.

[Sejarah Mi Soba]
Mi Soba yang dimakan oleh rakyat zaman Edo


 

Pengetahuan tentang sejarah Mi Soba adalah diperlukan untuk memahami Mi Soba sebagai salah satu kebudayaan Jepun. Bijiran Soba (gandum kuda) dikatakan telah dimakan oleh orang Jepun sejak zaman Jomon (Sebelum Masehi). Namun, Soba juga dikatakan bahawa ia dimakan sebagai bentuk mi pada zaman Edo (kira-kira akhir abad Ke-16 atau awal abad Ke-17). Mi Soba mula dimakan sebagai makanan biasa bagi rakyat di kota “Edo” (iaitu Tokyo pada masa kini) pada zaman Edo.
 
Edo merupakan sebuah kota yang mempunyai jumlah penduduk seramai 1 juta lebih, pada masa itu, ramai Samurai dan peniaga yang berasal dari wilayah lain berkumpul di Edo. Pada masa itu, penduduk kota Edo digelar sebagai “Edokko”, ia dikatakan bahawa mereka kurang sabar kerana ramai orang sibuk dengan urusan perniagaan. Oleh itu, penduduk di kota Edo didapati memakan Mi Soba sambil berdiri sebagai makanan segera yang murah dan berkhasiat. Pada masa ini, gaya makan macam itu masih tinggal di kedai makanan Mi Soba di dalam stesen kereta api di Jepun.

 
 

“Zaru Soba” atau Mi Soba Sejuk dihidangkan di atas tikar penapis bambu adalah salah satu hidangan yang kaya dengan budaya makanan Jepun.


 
Seperti Mi Ramen, Mi Soba Jepun boleh juga dimakan berama sup panas, tetapi cara makan Mi Soba yang lebih biasa adalah mencelupkan Mi Soba (yang sejuk) ke dalam kuah sejuk. Mi Soba sejuk yang didapati di restoran Mi Soba biasanya disajikan di atas tikar penapis bambu atau bakul pengkukus. Pada masa ini di Jepun, walaupun hidangan makanan barat adalah memang disukai ramai orang Jepun, hanya restoran Mi Soba adalah tempat yang masih menghidang masakan gaya tradisional Jepun sejak zaman Edo.
 
Sup Mi Soba adalah bersadarkan sup bonito yang juga digunakan untuk sup miso, dan dibumbui denagan kicap masin. Anda boleh juga menambahkan rempah-rempah unik Jepun seperti wasabi dan bawang perai hijau mengikut citarasa anda. Oleh sebab itu, Mi Soba boleh dianggapkan sebagai salah satu makanan yang penuh dengan unsur budaya makanan Jepun.
Oleh kerana Mi Soba adalah sangat bersesuaian dengan Tempura dan ia juga disukai ramai, anda dapat menemui set Mi Soba dengan Tempura di banyak restoran Mi Soba. Bagi pelanggan yang boleh minum minuman keras, anda boleh juga menikmati Sake (sejenis minuman keras Jepun) bernama “Soba-Mae” di restoran-restoran Mi Soba asal di Jepun. Yang ‘bestnya’ ialah minum Sake sambil makan Kamaboko (kek ikan seperti otak-otak) dan Miso panggang. Selain itu, Tamagoyaki (Telur panggang Jepun) yang dimasak dengan sup soba adalah hidangan yang amat disukai ramai di Jepun.

Pelancong-pelancong asing Terkejut!
Cara makan Mi Soba orang Jepun


"Cara makan ahli Soba" di Jepun adalah menghirup Mi Soba dengan bunyi "slurp". Sementara itu, dari segi orang asing, makan sambil berbunyi “Slurp” boleh dianggap kurang sopan santun. Sebenarnya, sama juga di Jepun, selain daripada Mi Ramen atau Mi Soba, makan sambil berbunyi adalah cara makan yang tidak sesuai/kurang sopan. Ia dikatakan bahawa orang Jepun tidak makan dengan bunyi menghirup sehingga Mi Soba menjadi terkenal pada zaman Edo.
 
Ada beberapa teori mengenai mengapa orang Jepun bermula makan Mi Soba sambil berbunyi. Salah satu teori dalamnya adalah kesibukan menyebabkan orang zaman Edo makan Mi Soba dengan tergesa-gesa, inilah mengakibatkan bunyi menghirup tersebut. Masa kini, ramai orang membuat bunyi menghirup sambil makan Mi Soba dengan sengaja supaya dapat menikmati perisa Mi Soba dengan sepenuhnya. Sesetengah orang asing yang tinggal di Jepun juga merasa kagum dan pernah berkata, rasa dan aroma adalah lebih kuat ketika makan Mi Soba sambil menghirup.
 
 

[Mi Soba Tahun Baru &
Soba semasa memindah ke tempat yang baru]
Mi Soba yang dimakan semoga nasib baik


Mi Soba juga dimakan sebagai "makanan bertuah". Bentuk Mi Soba yang panjang dikatakan bermaksud “kehidupan yang sihat dan panjang" atau "kehidupan berkahwinan yang bahagia selama bertahun-tahun yang akan datang”. Orang Jepun mempunyai adat memakan Mi Soba supaya dapat hajat tersebut.
 
Pada malam tahun baru, orang-orang Jepun akan makan “Toshikoshi Soba” untuk  mengharapkan kesihatan dan umur panjang bagi sekeluarga di tahun yang akan datang. Orang Jepun mempunyai adat yang lain juga seperti makan “Hikkoshi Soba” (“Hikkoshi” dalam bahasa Jepun bemaskud, memindah rumah ke tempat lain) bagi menginginkan hubungan yang panjang ketika berpindah rumah. 
 
Mi Soba tidak begitu terkenal berbanding dengan Sushi dan Tempura. Walaupun begitu, ia adalah hidangan sederhana yang penuh dengan unsur budaya Jepun. Anda dapat merasa hati dan kejiwaan orang Jepun dari cara hidangan, cara makan dan juga usaha tukang masak yang menyediakan Mi Soba.
 
Jika anda ada peluang makan di restoran makanan Jepun atau melancong ke jepun, sila mencuba makan Mi Soba. Ketika itu, anda boleh memberitahu teman anda (jika ada) bahawa Mi Soba adalah makanan bertuah. Maka anda boleh saling berkongsi keharapan semoga berjaya secara mengatakan, “Saya berharap semoga kami dapat menjalani hubungan yang panjang”. Dengan itu, Mi Soba akan menjadi lebih ‘sedap' dimakan.

Soba menarik perhatian sebagai makanan yang sihat
Mi Bebas Gluten dan keindahan Mi Soba

 

Tahukah anda Mi Soba bermula menarik perhatian dunia sebagai makanan yang sihat? Walaupun Mi Soba adalah sejenis mi, tepungnya bebas dari gluten dan sesuai untuk menurunkan berat badan (dieting). Di samping itu, ia mengadungi faedah-faedah untuk mencegah penyakit yang berkaitan dengan gaya hidup dan juga dapat mencantikkan kulit anda. Oleh itu, Mi Soba menarik berhatian selebriti dunia yang ingin menjaga kecantikan dan kesihatan.
 
Selain itu, Soba juga menarik perhatian orang dengan keharuman dan kesedapannya.
Pada masa ini, masih terdapat ramai orang tidak begitu tahu tentang Soba. Di sini, kami akan menerangkan secara terperinci keindahan Soba sebagai makanan yang sihat. 
 
 

Alasan Mi Soba yang menarik perhatian

 

Barangkali alasan utama Mi Soba yang menarik perhatian selebriti seluruh dunia adalah bebas gluten.  Gluten adalah salah satu bahan yang kerap diambil di diet orang ramai pada zaman ini. Ia dikatakan bahawa mengurangkan pengambilan gluten boleh mengakibatkan kesan merangsangkan pengerakan usus. Dengan persekitaran usus yang sihat, anda boleh merasa kesan baik seperti kecantikan kulit dan dieting yang sihat. Ia juga dikatakan berkesan untuk melegakan keletihan seorang.
  
Mi (pasta) dan roti yang kerap dimakan sebagai makanan ruji di Eropah dan Amerika, adalah mengandungi gluten. Masalah utama bagi orang ramai yang ingin mengurangkan pengambilan gluten adalah terpaksa makan gluten setiap hari sebenarnya (tabiat makan di Eropah dan Amerika). Masa ini, mereka dapat memilih Mi Soba yang bebas gluten untuk mengurangkan pengambilan gluten harian.
 

Adakah Mi Soba benar-benar bebas gluten?

  


Perkara yang ingin saya pastikan - adakah Soba benar-benar bebas Gluten?
Tepung Soba (gandum kuda) iaitu bahan utama Mi Soba adalah bebas Gluten. Tetapi bukan selalunya Mi Soba yang dijual adalah mi yang bebas Gluten. Jika tukang masak yang kurang berlatih membuat Mi Soba hanya dengan tepung Soba, ia akan mudah terputus ketika direbus dalam air. Oleh sebab itu, tepung biasa sering digunakan sebagai "pengikat" untuk mengelakkan kejadian itu. “Mi Soba TOWARI” adalah Mi Soba yang diperbuat daripada tepung Soba (gandum kuda) 100% tanpa tepung "pengikat".

Mencegah penyakit yang berkaitan dengan gaya hidup!
Daya tarikan nutrisi Soba

 


Daya tarikan Soba dari segi kesihatan – bukan sahaja bebas Gluten. Soba adalah bahan baik untuk diet dan juga terkenal dengan nilai pemakanan yang tinggi. Salah satu nutrien yang paling dekenali di dalam Soba adalah "Rutin". "Rutin" melancarkan aliran darah.
 
Dengan aliran darah yang lancar, anda dapat mencegah tekanan darah tinggi dan penyakit yang berkaitan dengan gaya hidup seperti arteriosklerosis dan penyakit jantung. Bagi para wanita, mereka juga dapat merasa kesan peningkatan kadar kepekaan pada badan sejuk.
 
Selain itu, Rutin juga mempunyai kesan Antiokisidan untuk badan. Ia dikatakan bahawa Rutin dapat membantu mencegah kulit terokisida, dan berintik-intik serta jeragat. Oleh itu, anda boleh mengjangkakan kesan untuk kecantikan kulit anda.

 Bukan baik untuk kesihatan anda sahaja!

 
Rasa Soba disukai oleh kalangan orang asing juga. Tidak kira seberapa baik makanan itu untuk kesihatanmu, anda tidak akan menerus makan kalau rasanya tidak sedap.
 
Sebagai ramuan masakan, Mi Soba adalah unik kepada Jepun, tetapi “tepung Soba” sebenarnya digunakan di seluruh dunia. Misalnya, tepung Soba digunakan membuat penkek (pancake) Perancis yang dipanggil “Garrett” atau “Brini” di Rusia. Oleh sebab tepung Soba digunakan di seluruh dunia, jadi rasanya agak mudah diterima oleh orang-orang negara asing (selain daripada Jepun).
 
 

Juga sesuai untuk Salad!
Makanlah dengan sayur-sayuran untuk kesihatan
yang lebih baik.

 

Adalah satu alasan lagi yang menjadikan Mi Soba sesuai untuk orang-orang yang menghargai/sedar kesihatan. Ianya sebab Mi Soba adalah juga dimakan sejuk dan sangat sesuai dimakan dengan salad.
 
Biasanya ketika menjalani dieting, kami akan lebih cenderung makan sayur-sayuran tetapi sayur-sayuran sahaja mungkin tidak mencukupi untuk merasa kenyang. Sehubungan itu, kami mengesyorkan mencampurkan Mi Soba bebas Gluten yang sihat ke dalam sayur-sayuran dan menjadikannya sebagai “Salad mi Soba”.
 
Selebriti seluruh dunia sedang mencipta pelbagai resipi yang bergaya dan lazat dengan pelbagai cara gubahan salad bersama Mi Soba.
 
Soba Jepun adalah amat disyorkan bagi orang yang ingin menurunkan berat badan secara sihat, dan juga mementingkan pengambilan gluten. Kami berasa amat gembira kerana dapat mengharapkan peningkatan kadar kepekaan terhadap kesejukan dan kesan mencantikkan kulit sambil makan secara sihat. Di samping itu, Soba boleh juga mencegah penyakit yang berkaitan dengan gaya hidup. Dengan demikian, mestilah kita menerapkan Soba!
TOWARI MACHINE